Dua beregu lelaki langkah kanan

Dua beregu lelaki langkah kanan

ARIF-Roy King dijadual berdepan pasangan kembar Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 di Ningbo, China bermula 7 hingga 12 April ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King bangkit dari ketinggalan sebelum mara ke saingan suku akhir selepas menewaskan pasangan Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po Hsuan 13-21, 21-15, 21-18 pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2024, sebentar tadi.

Arif berkata, dia bersama Roy King tidak menjangkakan mampu menangkis kekuatan pasangan Taiwan itu ketika mereka di ambang kekalahan.

“Syukur dapat memenangi perlawanan tadi. Bangkit daripada kekalahan tadi memang di luar jangkaan kami. Saya dan Roy King tidak mengalah dan berikan yang terbaik di hadapan penonton Malaysia.

“Kami berhasil mengawal mental dan tekanan kami semasa dalam gelanggang. Pada set ketiga tadi kami gunakan kelebihan apabila kami mendapat servis. Itu sangat membantu,” katanya.

Arif-Roy King akan bertemu pilihan keenam dari Denmark, Rasmus Kjær-Frederik Sogaard pada saingan suku akhir esok.

Dalam pada itu, finalis Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut ke suku akhir selepas menang bergaya menyingkirkan pasangan Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul 21-17,21-12.

Sze Fei-Nur Izzuddin bakal bertemu pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen yang mana gandingan itu merupakan pilihan kedua kejohanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×