Malam terindah di Stadium Titiwangsa, Malaysia tamatkan

Malam terindah di Stadium Titiwangsa, Malaysia tamatkan dominasi Thailand

MALAYSIA muncul juara acara regu Sepak Takraw Piala Dunia 2024 di Stadium Titiwangsa, hari ini.-GAMBAR-AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dominasi Thailand dalam arena sepak takraw berakhir selepas regu Malaysia menumpaskan trio Thailand dalam aksi final regu Piala Dunia Sepak Takraw 2024, sebentar tadi.

Selepas gandingan Aidil Aiman Azwawi dan Noraizat Nordin melakar sejarah menumpaskan Thailand dalam aksi final acara beregu, kini giliran trio Malaysia menumpaskan skuad Gajah Perang 15-8, 15-12.

Gandingan Syahir Rosdi (tekong), Farhan Adam (apit kiri) dan Azlan Alias (apit kanan) mempamerkan aksi terbaik pada set pertama khususnya menerusi servis ‘ace’ yang dipamerkan Syahir.

Pada set Trio Thailand, Sittipong Khamchan (tekong), Poramet Siriswat (apit kiri) dan Varayut Jantarasena (apit kanan) tenggelam sehingga pengendalinya, Prawet Intra membawa masut Siriwat Sakha buat seketika.

Pada set kedua, pengendali negara, Ahmad Jais Baharun memasukan Haziq Hairul Nizam bagi menggantikan Syahir selepas tekong utama negara itu melakukan servis kandas dua kali berturut-turut.

Ketika mata agak rapat, Azlan membuktikan bahawa beliau merupakan ‘killer’ terbaik dunia apabila berjaya melakukan beberapa hadangan daripada perejam Thailand selain Haziq menyumbang mata kemenangan Malaysia.

Kejayaan itu juga memastikan dendam kekalahan pada edisi Piala Dunia Sepak Takraw di Daejon, Korea Selatan berbalas apabila ketika Malaysia sekadar bergelar naib juara selepas tewas kepada Thailand.

Kali terakhir Malaysia menumpaskan regu Thailand ialah di Super Siri Istaf di Melaka pada 2015.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×