Dua penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah kes dadah

Dua penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah kes dadah

DUA pegawai penguat kuasa sebuah unit beruniform tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kelantan untuk prosiding reman, semalam. -UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua pegawai penguat kuasa sebuah unit beruniform ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang rasuah bernilai RM23,000 daripada suspek kes dadah sejak tahun lalu.

Perintah tahanan reman yang bermula semalam itu dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri di Mahkamah Majistret di sini.

Kedua-dua lelaki itu ditahan reman mengikut Seksyen Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sumber SPRM berkata, kedua-dua lelaki yang berusia 29 dan 40-an itu ditahan di pejabat mereka di Pengkalan Chepa di sini, kira-kira pukul 10 dan 11 malam kelmarin.

Menurutnya, mereka dipercayai meminta wang rasuah untuk melepaskan suspek kes berkaitan dadah sejak September tahun lalu sehingga April tahun ini.

“Suspek pertama dipercayai meminta dan menerima RM13,000 manakala suspek kedua pula menerima RM10,000.

“Wang tersebut diberikan sebagai dorongan untuk tidak menuduh pesalah di bawah Seksyen 39 (C) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan hanya dituduh dibawah kesalahan air kencing dan alat digunakan untuk mengambil dadah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua lelaki itu dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×