'Adakah peruntukan besar RM7.74 bilion sampai kepada kumpulan sasar?'

‘Adakah peruntukan besar RM7.74 bilion sampai kepada kumpulan sasar?’

AHMAD Zahid Hamidi menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Pegawai Penerangan S41, Asilla Suraya Fitriah Zolkifli pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KKDW di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kesemua pemegang taruh di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) perlu dipastikan memperoleh manfaat sewajarnya menerusi peruntukan besar yang disalurkan kerajaan bagi kementerian berkenaan.

TImbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, KKDW mempunyai pemegang taruh di seluruh negara yang terdiri daripada kumpulan sasar di kawasan desa, luar bandar, pinggir bandar serta di bandar yang memerlukan keprihatinan dalam menangani pelbagai isu.

“MARA (Majlis Amanah Rakyat) umpamanya adalah agensi yang tidak hanya menumpukan perhatian terhadap masyarakat di desa tetapi di seluruh negara termasuk di bandar dan di pinggir bandar.

“Persoalannya dengan perbelanjaan kerajaan yang begitu besar tahun lepas, kita telah diberikan sebanyak RM7.44 bilion dan kita mengharapkan jumlah yang lebih besar pada belanjawan akan datang.

“Saya ingin menekankan berdasarkan daripada laporan prestasi, adakah kumpulan pemegang taruh ini benar-benar memperoleh manfaat daripada belanjawan yang begitu besar yang disalurkan kerajaan melalui agensi-agensi kita?” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Apresiasi KKDW Tahun 2023 di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, tindakan-tindakan susulan juga harus dilaksanakan termasuk menyantuni kumpulan pemegang taruh bagi memastikan mereka mendapat setiap manfaat yang disalurkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×