Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya

Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya

Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 pada 31 Ogos depan akan dianjurkan di Putrajaya manakala, sambutan Hari Malaysia pula akan berlangsung di Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 pada 31 Ogos depan akan dianjurkan di Putrajaya manakala, sambutan Hari Malaysia pula akan berlangsung di Sabah.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perincian khusus berkaitan tema dan logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia akan diumumkan kelak.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, lokasi khusus bagi sambutan Hari Malaysia pula akan diumumkan selepas mesyuarat bersama kerajaan negeri Sabah dalam masa terdekat.

Sebagai rekod, Putrajaya turut menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2023 tahun lalu menggunakan tema ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’.

Putrajaya kali pertama menjadi hos sambutan Hari Kebangsaan adalah pada 2003 selain 2005, 2018 dan 2019 dan 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×