Buruh cabul, ugut anak tiri dijel lapan tahun, satu sebatan

Buruh cabul, ugut anak tiri dijel lapan tahun, satu sebatan

TERTUDUH (tengah) semasa dibawa untuk prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan, semalam. – UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang buruh dipenjara lapan tahun dan di­kenakan satu sebatan se­le­pas mengaku bersalah di Mah­ka­mah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan mencabul dan membuat ugutan jenayah terhadap anak tirinya, kira-kira dua minggu lalu.

Tertuduh berusia 44 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual ke atas anak tirinya berusia 16 tahun dua bulan ketika kejadian.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 3 petang di sebuah sebuah rumah di sini 9 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, buruh itu didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menggunakan sebilah pisau untuk mencederakan remaja itu pada tarikh, tempat dan masa yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×