KKMY mahu tembusi pasaran global

KKMY mahu tembusi pasaran global

NURAMALINA Ahmad Baharuddin menunjukkan produk keluaran KKMY.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: KRUKKRAPMY International Sdn. Bhd. (KKMY), pengeluar rempeyek moden bakal meluaskan pasarannya di peringkat global bagi memperkenalkan produk makanan tradisional halal tanah air.

Pengarah KKMY, Nuramalina Ahmad Baharuddin berkata, produknya mempunyai sijil halal pada 2023 dan telah berada di pasaran luar negara seperti Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand dan Amerika Syarikat.

“Kini, produk KKMY bakal memasuki ke pasaran Filipina dan Jeddah, Arab Saudi,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini.

Katanya, produk rempeyek moden itu juga telah memasuki pasaran tempatan di myNEWS dan kedai-kedai runcit di semenanjung Malaysia.

Menurutnya, KKMY mempunyai dua jenis kuih rempeyek moden dan dua jenis kuih kapit berlainan perisa di pasaran.

“Antaranya adalah Golden Salted Egg Peyek bersaiz 150 gram dan 60 gram berperisa asli, dan pedas korea, rempeyek asli (150 gram), kapitella (320 gram) dan kapit original (30 keping),” katanya.

Jelas Nuramalina, mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) adalah penting untuk memastikan produk-produk yang dikeluarkan dijamin bersih dan suci oleh pelanggan.

“Kami juga dapat berkembang lebih luas dengan sijil halal kerana setiap pasara raya besar  menginginkan produk yang halal dan semestinya menerima peluang untuk mengeksport produk kepada negara luar,” ujarnya.

Tambahnya, sijil halal juga membolehkannya menyertai ekspo-ekspo makanan berkaitan halal di dalam dan luar negara.

“Ini akan meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan di mata pelanggan, sekali gus membezakan jenama kami dengan jenama produk lain yang serupa,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×