Dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi kekasih

Dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi kekasih

MAHKAMAH Tinggi Melaka mengenakan hukuman lapan tahun penjara terhadap seorang pemuda bagi kesalahan menyebabkan kematian bayi yang baru dilahirkan kekasihnya. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan hukuman lapan tahun penjara terhadap seorang lelaki berusia 22 tahun selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah bagi pertuduhan pilihan menyebabkan kematian bayi yang baru dilahirkan kekasihnya.

Tertuduh, Ahmad Shamil Ashraf Zainudin membuat pe­ngakuan itu di hadapan Hakim Mohd. Radzi Abdul Hamid.

Berdasarkan kertas pertuduhan pilihan, tertuduh melakukan satu homosid mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh terhadap seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan seorang gadis berusia 18 tahun ketika kejadian.

Kesalahan itu dilakukan di kawasan tepi jalan berhampiran sebuah pusat asuhan dalam daerah Melaka Te­ngah antara pukul 12.01 tengah malam hingga 10.30 malam pada 29 Mac 2021.

Mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan boleh juga didenda, jika sabit kesalahan.

Fakta kes menyatakan, pengadu yang merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Melaka menerima kes kecemasan seorang wanita mengalami pendarahan kerana bersalin iaitu kekasih tertuduh.

Wanita itu memaklumkan bahawa bayinya masih hidup ketika dilahirkan kerana terdengar tangisan, tetapi tidak mengetahui keadaanya kerana dibuang tertuduh di kawasan semak di Telok Mas.

Bedah siasat mendapati, bayi itu sudah encapai umur matang 41.6 minggu dan tidak mempunyai kecederaan akibat luka tajam, benda tumpul atau lain-lain.

Pakar perubatan berpendapat, tindakan membuang bayi di kawasan tidak sepatutnya menyebabkan kebarangkalian paru-parunya merosot, lantas membawa kepada kematian akibat congenital pneumonia.

Mahkamah menjatuhkan lapan tahun penjara dari tarikh ditangkap iaitu pada 29 Mac 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×