Junta Myanmar bincang dengan pegawai tertinggi ASEAN sertai

Junta Myanmar bincang dengan pegawai tertinggi ASEAN sertai blok serantau 

Min Aung Hlaing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Ketua tentera Myanmar, Min Aung Hlaing mengadakan perbincangan dengan dua pegawai tertinggi ASEAN mengenai penyertaan junta dalam blok serantau Asia Tenggara yang diasingkan sejak rampasan kuasa 2021.

Menurut media Global New Light of Myanmar, Aung Hlaing bertemu utusan khas ASEAN, Alounkeo Kittikhoun dan Setiausaha Agungnya, Kao Kim Horn semalam di Naypyidaw.

 Jelas akhbar milik kerajaan itu, kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai isu kerjasama Myanmar dalam ASEAN.

Mereka juga membincangkan kerjasama terbaik Myanmar di ASEAN, syarat penyertaan Myanmar dalam mesyuarat ASEAN dan rancangan junta untuk mengadakan pilihan raya baharu, kata akhbar itu.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebanyak 10 anggota ASEAN mengetuai usaha diplomatik yang tidak membuahkan hasil setakat ini bagi menyelesaikan konflik yang dicetuskan oleh serangan tentera, menyebabkan 2.7 juta orang kehilangan tempat tinggal.

Myanmar masih menjadi anggota ASEAN, tetapi jeneral-jeneral itu dikecualikan daripada menghadiri mesyuarat blok peringkat atasan kerana keengganan mereka untuk terlibat dalam rancangan damai dengan pihak lawan mereka.

Krisis Myanmar memecahbelahkan ASEAN, dicemuh oleh pengkritik sebagai bercakap tetapi  tidak ‘bertaring’.

Indonesia, Malaysia dan Filipina menggesa tindakan lebih tegas terhadap junta manakala Thailand mengadakan rundingan dua hala sendiri dengan jeneral-jeneral serta menahan pemimpin demokrasi, Aung San Suu Kyi.

Tahun lalu, pegawai dari Indonesia mengadakan perbincangan dengan bayangan ‘kerajaan perpaduan nasional’ yang didominasi oleh penggubal undang-undang yang digulingkan dalam rampasan kuasa dan juga junta.

Pada Januari lalu, junta Myanmar menghantar birokrat kanan ke Mesyuarat Menteri Luar ASEAN di Laos, kali pertama negara itu menghadiri mesyuarat peringkat tinggi blok itu dalam tempoh lebih dua tahun.

Dilaporkan lebih 5,000 orang terbunuh dan lebih 26,000 ditangkap dalam tindakan keras tentera terhadap perbezaan pendapat sejak rampasan kuasa dilaksanakan.

Rampasan kuasa itu menjerumuskan Asia Tenggara dalam kekacauan.

Kini, di seluruh negara, junta Myanmar sedang memerangi kumpulan bersenjata etnik minoriti yang mantap serta pro-demokrasi “Pasukan Pertahanan Rakyat. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×