PENGAMBILAN probiotik seperti lactobacillus acidophilus dan lactobacillus paracasei dikenalpasti dapat mengurangkan tahap kemurungan dan membantu kesejahteraan mental individu.
Malah, ia juga dikesan dapat membantu kesihatan perut terutama bagi mereka yang mengalami sindrom iritasi usus (IBS).
Penemuan itu diperolehi berdasarkan kajian sekumpulan pakar penyelidikan gut di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia yang diterajui Prof. Norfilza Mohd. Mokhtar dan Prof. Dr. Raja A endi Raja Ali.
Kajian berkenaan melibatkan jenama susu kultur terkemuka di Malaysia, Vitagen.
Berdasarkan kajian klinikal, skor kualiti hidup bagi individu yang mengamalkan minuman itu meningkat sebanyak 7.1 peratus manakala skor kemurungan pula merosot hampir 42 peratus, sekali gus berpotensi menyokong kesejahteraan emosi seseorang.
Malah, ia mampu menyumbang kepada kenaikan aras serotonin atau hormon gembira dengan peningkatan hampir sebanyak 47 peratus di samping mengurangkan 42.1 peratus simptom IBS.
Pengurus Besar Vitagen, Poh Eng Lip yakin penemuan tersebut dapat mengukuhkan lagi kedudukan mereka sekali gus meluaskan pemahaman masyarakat mengenai kepentingan usus dalam kesejahteraan individu.
“Kajian ini merupakan sejarah penting untuk kita kerana strain probiotik lactobacillus acidophilus dan lactobacillus paracasei juga terkandung dalam produk ini bersama berbilion kultur probiotik hidup,” katanya.











