Jurukimpal dihukum penjara enam tahun, satu sebatan

Jurukimpal dihukum penjara enam tahun, satu sebatan rogol kanak-kanak 11 tahun

TERTUDUH diiringi polis semasa menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkmah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan ke atas jurukimpal selepas mengaku bersalah di Mahkamah atas pertuduhan merogol kekasihnya berusia 11 tahun di Bachok dekat sini, kira-kira dua minggu lalu.

Hakim Nik Habri Muhamad membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohamad Ikram Irfan Samsudin, 23, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa Mahkamah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan yang ketika kejadian berusia 11 tahun 9 bulan. Kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah bangunan di Jelawat, Bachok dekat sini kira-kira pukul 8.20 malam pada 4 Mei lalu.

Mohamad Ikram didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Zulbasysyar Saharudin.

Mengikut fakta kes, Mohamad Ikram menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih dengan mangsa apabila bertukar nombor telefon sebelum saling berhubung dan berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp pada April lalu.

Sebelum kejadian berlaku, tertuduh didapati telah memberi makanan kepada mangsa sebelum merogolnya di dalam sebuah bangunan kosong.

Perbuatan itu terbongkar selepas mangsa menceritakan kepada seorang wanita yang merupakan jirannya bahawa dia pernah melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya yang lama pada awal tahun lalu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×