Kita tidak tahu, mungkin dia masuk syurga - Utusan Malaysia

Kita tidak tahu, mungkin dia masuk syurga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEBERAPA minggu lalu, kebetulan Cik Bunga berpeluang bertemu dengan seorang aktres tanah air yang gila-gila orangnya. 

Tak mahulah sebut nama sebab dia pun cuma berbisik dengan Cik Bunga meluahkan pandangannya mengenai seorang pelakon wanita. 

Pelakon yang dimaksudkan ialah Fathia Latiff. Terus-terang, tiada sedikit pun cerita buruk dicanangnya kepada Cik Bunga. 

Apa yang diluahkan adalah rasa simpati dan sayangnya pada Fathia atas jalan yang dilalui wanita itu kini. 

Bagi aktres genit ini, segala apa yang terjadi pada Fathia, semuanya kerana ramai orang tidak dapat memahami diri wanita tersebut. 

Memahami bukan sebagai seorang selebriti, tetapi sebagai individu. Aktres ini akui, apa yang dijalani oleh Fathia, tak semua orang boleh faham dan situasi itu lebih meruncing kerana pelakon wanita itu sendiri masih tersekat dalam dunia ‘aku selebriti popular’. 

Ada unsur lain? Tanya Cik Bunga. Pertanyaan itu bagaimanapun dibalas dengan respons atas angin dan dia membiarkan Cik Bunga untuk meneka sendiri. 

Maka faham benarlah kita apa yang dimaksudkan. Cuma di penghujung perbualan, satu perkara yang berkali-kali disebut oleh aktres ini pada Cik Bunga adalah betapa Allah SWT itu sangat sayangkan Fathia dan kurniakan ujian sehebat itu buatnya.

“Jangan pandang hina pada dia. Apa yang dia lalui, belum tentu kita pun mampu lalui. Kita pun tak tahu, mungkin dia adalah antara insan yang bakal masuk syurga,” kata aktres tersebut. 

Cik Bunga faham apa yang disampaikan aktres berkenaan. Fathia sebenarnya istimewa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×