[TIDAK RASMI] PH peroleh 2,708 undi tinggalkan PN - Utusan Malaysia

[TIDAK RASMI] PH peroleh 2,708 undi tinggalkan PN

PH
PANG SOCK TAO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ULU SELANGOR: Calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao mendahului kiraan undi tidak rasmi dengan memperolehi 2,708 undi berbanding Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Khairul Azhari Saut (1,157undi) setakat pukul 7.05 petang tadi.

Sementara calon bebas Nyau Ke Xin menduduki tangga ketiga dengan memperoleh 18 undi berbanding wakil Parti Rakyat Malaysia, Hafizah Zainudin dengan 13 undi.

PRK Kuala Kubu Baharu melibatkan pertembungan empat penjuru iaitu dua parti gergasi, PH yang menampilkan Sock Tao dan PN pula mempertaruhkan Khairul Azhari. Dua lagi dalam saingan tersebut adalah Hafizah daripada PRM dan calon bebas, Nyau Ke Xin.

PRK Kuala Kubu Baharu diadakan apabila kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 itu diisytihar kosong oleh Speaker Dewan Negeri Selangor selepas penyandangnya, mendiang Lee Kee Hiong meninggal dunia pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Kee Hiong memperoleh 14,862 sekaligus berjaya mempertahankan kerusi tersebut yang dimenanginya sejak 2013 dengan 4,119 majoriti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×