KWSP sedang selenggara sistem atas talian

KWSP sedang selenggara sistem atas talian

Pencarum yang layak boleh mula pindahkan duit dari Akaun Sejahtera kepada Akaun Fleksibel mulai hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang melaksanakan penyelenggaraan bagi menaik taraf sistem atas talian miliknya bermula semalam sehingga hari ini.

Berdasarkan kemaskini di laman sesawang KWSP pada 6 Mei lalu, beberapa perkhidmatan dijangka terganggu membabitkan Perkhidmatan Ahli; Perkhidmatan Majikan dan Perkhidmatan Rakan Niaga.

Perkhidmatan Ahli yang terganggu termasuklah i-Akaun (Ahli); KWSP i-Akaun; pendaftaran i-Akaun dalam talian; pendaftaran i-Saraan dalam talian; i-Invest; i-Lindung dan Self Service Terminal (SST).

Memuatkan artikel berkaitan…

Perkhidmatan Majikan pula yang dijangka terganggu adalah i-Akaun (Majikan); pendaftaran majikan dalam talian; e-Payroll dan aplikasi e-Caruman sementara Perkhidmatan Rakan Niaga terjejas i-Akaun (rakan niaga).

Proses penambahbaikan tersebut dijangka selesai hari ini namun KWSP tidak memberikan sebarang maklumat lanjut berhubung penyelenggaran berkenaan.

Bagaimanapun, ia dipercayai ada kaitan dengan pelaksanaan penstrukturan semula akaun pencarum selepas KWSP memperkenalkan inisiatif Akaun Fleksibel atau Akaun Ketiga kepada ahlinya yang berusia 55 tahun ke bawah bermula hari ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini