Peluang Haikal, Hon Jian cipta kejutan Terbuka Thailand 2024 

Peluang Haikal, Hon Jian cipta kejutan Terbuka Thailand 2024 

CHOONG Hon Jia (kiri) dan Muhammad Haikal Nazri tewas kepada gandingan Korea Selatan, Seo Seung Jae-Kang Min Hyuk pada aksi pusingan pertama Terbuka China 2024, hari ini. UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain beregu negara, Muhammad Haikal Nazri optimis bersama pasangannya Choong Hon Jian mampu mengejutkan pemain terbaik dunia pada badminton Terbuka Thailand 2024, minggu depan.

Pemain berusia 22 tahun itu berkata, situasi melakar kejutan itu mampu direalisasikan jika dapat mengawal tekanan untuk menyingkirkan ke atas pasangan yang menduduki ranking yang lebih tinggi.

“Ramai beregu terbaik dunia nanti disana (Thailand). Walaupun ia hanya Super 500, pasangan nombor tiga dunia, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty turut  bersaing kali ini.

“Berdasarkan undian, saya lihat ada sinar harapan untuk mengatasi pasangan ranking yang lebih tinggi. Saya bukan terlampau yakin namun sebagai beregu bukan pilihan dan mampu mengawal  tekanan, saya perlu ambil peluang ini,” katanya ketika latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), semalam.

Muhammad Haikal-Hon Jian bakal menentang pasangan dari Korea Selatan, Kim Gi Jun-Kim Sa Rang yang juga pemenang pingat gangsa dua kali kejohanan dunia pada perlawanan pembukaan.

Pasangan negara itu kemudian berkemungkinan akan bertemu gandingan nombor sembilan dunia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana pada pusingan kedua jika mereka memenangi menentang rakan senegara, Boon Xin Yuan-Goh V Shem.

Dalam pada itu, penampilan sulung Haikal pada Piala Thomas 2024 memberinya pendedahan serta pengalaman berguna untuk mempelajari gaya permainan pasangan berkelas dunia.

Pemain berasal Kelantan itu mendedahkan corak permainan pasangan China yang menumpaskan gandingan negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memberinya banyak pengajaran.

“Sze Fei-Nur Izzuddin tampil dalam permainan baik, namun He Ji Ting-Ren Xiang Yu (pasangan China) mampu mengawal tekanan dan berkomunikasi antara satu sama lain dengan baik.

“Itu kunci kemenangan mereka yang saya lihat. Saya pelajari pemain berkelas dunia ini mampu beri kejutan jika komunikasi dan tekanan dalam kawalan,” katanya.

Kejohanan badminton Terbuka Thailand 2024 akan membuka tirai saingannya pada 14 hingga 19 Mei di Stadium Nimibutr, Bangkok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×