KUALA LUMPUR: Kerjasama syarikat awam dan syarikat swasta dalam projek pembangunan mampu membantu kerajaan menjimatkan perbelanjaan selain menjadikan hasil lebih baik serta berkualiti.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sehubungan itu, kerjasama sedemikian seharusnya pembangunan baharu dan pembangunan semula infrastruktur serta kemudahan termasuk sektor perkhidmatan rel di negara ini.
“Mengambil contoh Menara Sentral Perbadanan Aset Keretapi (RAC), pembangunan serta kemudahan yang lebih baik dapat dilaksanakan dalam masa yang lebih singkat.
“Menerusi kerjasama ini, kita dapat merealisasikan satu impian yang akan menyalur semula hasil kepada pembangunan sektor rel negara,” katanya ketika berucap merasmikan Menara Sentral RAC di sini, hari ini.
Menara Sentral RAC dilaksanakan secara penswastaan melalui kaedah pertukaran tanah kepada Arah Asas Sdn. Bhd. (AASB), iaitu anak syarikat penuh milik YTL Corporation Berhad.
Menara Sentral RAC dibina di atas kawasan seluas 0.18 hektar dengan kos RM125 juta di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, Kuala Lumpur. – UTUSAN










