Waspada terima panggilan scammer guna talian rasmi MOF

Waspada terima panggilan scammer guna talian rasmi MOF

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan (MOF) menasihati orang ramai supaya sentiasa waspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau Sumbangan Asas Rahmah untuk menghubungi orang ramai secara rawak.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ‘panggilan’ itu meminta mereka membuat bayaran dalam jumlah yang besar.

Justeru, MOF mengingatkan orang ramai untuk terus membuat laporan polis sekiranya menerima panggilan sedemikian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“MOF tidak membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk menggunakan nombor talian telefon rasmi MOF.

“Pegawai MOF juga tidak dibenarkan untuk mengutip bayaran dari orang ramai bagi sebarang tujuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai masih lagi boleh menghubungi talian bantuan STR atau Sumbangan Asas Rahmah MOF iaitu 03-8882 4565/4566 untuk sebarang pertanyaan berkenaan kedua-dua bantuan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini