‘Saya harap slipped disc tidak akan ganggu ibadah haji nanti’

‘Saya harap slipped disc tidak akan ganggu ibadah haji nanti’

NOORAZURA Kadir dan Mohd. Aliuddin Osman mengemas barangan yang akan dibawa ke Mekah di rumahnya di Kampung Parit Jelotong Darat, Ayer Baloi, Pontian, Johor. – UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: ‘Saya harap penyakit slipped disc tidak mengganggu perjalanan ibadah haji ketika berada di Mekah dan Madinah nanti’.

Itu luahan bakal jemaah haji, Noorazura Kadir, 50, yang akan menjadi tetamu Allah bersama suaminya, Mohd Aliuddin Osman, 57, yang berkata, dia menghidap penyakit tersebut sejak tahun 2016 menyebabkan pekerjaannya sebagai tukang jahit terpaksa dihentikan.

Katanya, dia bersyukur ke­rana impian untuk menunaikan fardu haji dipercepatkan dua tahun lebih awal daripada yang dijadualkan pada 2026.

Menurut Noorazura, selepas berkahwin dia telah mengikuti kursus menjahit anjuran pihak swasta bagi membantu menambah pendapatan tambahan selain mengisi masa lapang di rumah.

“Mungkin disebabkan terlalu lama duduk menjahit setiap hari saya mengalami slipped disc dan disebabkan itu saya terpaksa berhenti menjahit.

“Kesemua hasil jahitan saya simpan di Tabung Haji sejak 2009 dan terus membuat permohonan untuk menunaikan haji,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Parit Jelotong Darat, Ayer Baloi, di sini semalam.

Sementara itu, Mohd. Aliuddin berharap isterinya dapat melakukan ibadah haji de­ngan sempurna tanpa sebarang halangan memandangkan masalah kesihatan yang dihadapinya.

Katanya, sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan, dia akan mendapatkan surat pengesahan penyakit isterinya dari pihak hospital untuk diberikan kepada Tabung Haji sebagai makluman. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×