Menerbitkan ‘bau’ dan ‘rasa’ dalam seni fotografi makanan

Menerbitkan ‘bau’ dan ‘rasa’ dalam seni fotografi makanan

KUIH tradisional bahulu memberi aroma desa yang menggamit kenangan. Elemen asapnya memberi rangsangan kepada deria manusia untuk menghayati kehangatan kuih bahulu yang baharu dibakar. - ISYRAQ NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FOTOGRAFI makanan tidak sekadar menampilkan gambar makanan tetapi merupakan salah satu bentuk komunikasi digunakan pengusaha makanan untuk mempengaruhi emosi pelanggan. 

Ketepatan dalam pemilihan subjek menjadi kunci utama dalam menyampaikan informasi kepada pelanggan mengenai hidangan disajikan.

MASAKAN Mi Kuah Udang ini memperlihatkan clean look agar setiap subjek dapat dibaca pelanggan. Pemilihan latar putih bersama garisan-garisan mampu memberi keceriaan kepada masakan. – KHALIS AZRIE ABU BAKAR

Fotografi ini juga merupakan cabang seni tersendiri dengan nilai estetika yang unik dan sering kali memberikan dimensi baharu kepada pengalaman masakan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengamatan dan ketelitian dalam fotografi makanan tidak boleh diambil mudah kerana, sekeping foto harus mampu menggambarkan kenikmatan dan keenakan makanan melalui deria ‘bau’ dan ‘rasa’. 

Jurufoto makanan harus memperhatikan aspek komersial ekoran fotografi makanan sering digunakan untuk keperluan komersial seperti pengiklanan, pemasaran, buku menu, buku masakan dan lain-lain. 

KUIH Seri Muka mempamerkan warna hijau senada agar keseimbangan komposisi dirasa tenang. Secawan air kopi sebagai hiasan turut menyumbang kepada penceritaan yang mempunyai kesinambungan antara kuih dan air. – ALIF DANIAL WAHAB

Beberapa tips perlu diperhatikan dalam menghasilkan gambar makanan menarik, antaranya adalah memastikan pencahayaan mencukupi untuk menonjolkan tekstur dan warna makanan.

Tekstur makanan berperanan penting sebagai pengganti ‘rasa’. Warna juga berfungsi dalam mempengaruhi emosi penonton. Pemilihan warna sesuai dapat meningkatkan rasa untuk mencuba hidangan tersebut, sementara warna sesuai pula dapat menciptakan suasana yang diinginkan, seperti kesan segar, pedas, masam, masin dan sebagainya. 

Pemilihan subjek yang memiliki kecenderungan dalam mempengaruhi deria ‘bau’ manusia juga menjadi aspek penting supaya gambar dirakam dapat berinteraksi dengan pelanggan. 

Bau yang terpancar daripada subjek seperti rempah, kunyit, daun pandan dan sebagainya bukan sahaja dapat menjadi daya tarikan tambahan malah merupakan elemen komunikasi yang sangat berkesan dalam mempengaruhi deria bau.

MASAKAN kari ikan sembilang memaparkan satu komposisi simetri antara susunan sudu, bahan masakan dan garisan sebagai latar. Kepekatan warna yang terlihat pada kuah kari menaikkan seri gambar masakan ini. – SAIDATUL BALQIS NAJIB

Oleh kerana itu, dalam mengambil gambar makanan, pastikan untuk memerhatikan aroma yang terpancar agar dapat memancing nafsu makan pelanggan. 

Komposisi dan penggayaan makanan adalah amat penting. 

Selain memastikan kebersihan pada susunan makanan, komposisi seimbang serta pengaturan elemen-elemen visual seperti piring, senduk atau dekorasi tambahan dapat membantu mencipta komposisi estetik. 

Dengan memperhatikan semua aspek ini, sudah pasti, gambar makanan yang dirakam tidak hanya menarik secara visual, tetapi mampu berbicara seterusnya menciptakan pengalaman luar biasa yang memuaskan pelanggan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini