Aaron yakin barisan pemain terkuat pada Piala Thomas 2026

Aaron yakin barisan pemain terkuat pada Piala Thomas 2026

AARON- Wooi Yik kini bersedia untuk kembali ke gelanggang selepas berehat panjang sejak Sukan Olimpik Paris.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kem badminton negara menamatkan kemarau lapan tahun tidak berada di kedudukan podium dengan merangkul gangsa pada Piala Thomas 2024 dan meletakkan keyakinan tinggi melahirkan barisan atlet yang mampan menjelang edisi 2026 di Denmark.

Perkara itu diakui oleh pemain beregu negara, Aaron Chia yang berkata, dalam tempoh dua tahun ini pemain lelaki negara akan merancang untuk bangun dengan lebih kuat serta boleh menjadi pesaing yang lebih baik di Denmark.

“Dua tahun tempoh yang panjang. Boleh mengasah kemahiran dan pengalaman yang lebih banyak. Semestinya ia akan memberi kelainan kepada pemain kita dalam tempoh itu.

“Komunikasi kami antara pasukan jauh lebih baik. Pingat gangsa ini amat bermakna buat kami sebagai satu pasukan. Itu satu perkara yang baik kami dapat buktikan di luar jangkaan rakyat Malaysia. Ini satu petanda yang bagus,” kata Aaron ketika skuad Piala Thomas tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) di sini, semalam.

Malaysia gagal mara ke final buat pertama kali dalam tempoh 10 tahun menyaksikan pasukan tuan rumah China menewaskan skuad negara 3-1 yang mana mata tunggal disumbangkan oleh Aaron-Soh Wooi Yik.

Dalam pada itu, Aaron mengakui pemain perseorangan negara mampu meningkat menjelang Piala Thomas 2026 biarpun sedang bergelut dengan konsistensi dan prestasi pada masa kini.

Menurut beliau, tanpa kehadiran pemain terbabit, skuad negara tidak akan mampu mara ke separuh akhir dan dua perseorangan perlu dipertingkatkan lagi.

“Perseorangan sekarang dalam tahap baik sebenarnya. Tanpa mereka kami tidak mampu bawa pulang gangsa ini. Kami sebagai pasukan perlu bekerjasama antara satu sama lain. Tidak kira perseorangan atau beregu, kami perlu saling bertolak ansur.

“Acara berpasukan memang begini. Jika perseorangan kalah, beregu perlu bantu untuk mendapatkan mata. Dua-dua pihak perlu memainkan peranan. Dua pihak ini juga perlu ada usaha untuk mempertingkatkan konsistensi dan prestasi,” katanya.

Untuk rekod, Malaysia menamatkan kemarau lapan tahun tidak membawa pulang pingat sejak 2016 yang mana menyaksikan skuad lelaki negara meraih gangsa selepas tewas 3-2 kepada Denmark pada separuh akhir di Jiangsu, China. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×