Masjid seluruh Gua Musang disaran laksana solat sunat istisqa

Masjid seluruh Gua Musang disaran laksana solat sunat istisqa

SOLAT sunat istisqa merupakan salah satu ikhtiar oleh umat Islam semasa berdepan dengan cuaca panas melampau dan kemarau yang sedang melanda Kelantan ketika ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seluruh masjid bandar negeri dan bandar di sini disarankan untuk melaksanakan solat sunat istiqa susulan cuaca panas melampau yang sedang melanda ketika ini.

Ketua Jajahan Gua Musang, Nik Raisnan Daud berkata, pihaknya mencadangkan solat tersebut dilaksanakan bermula Khamis ini sebagai salah satu ikhtiar dalam berdepan situasi cuaca mutakhir ini.

Menurutnya, ketika ini Gua Musang antara yang mengalami cuaca panas melampau apabila suhu adakalanya mencecah antara 38 hingga 40 darjah Celsius.

“Ini adalah usahakan kami untuk memohon pertolongan daripada Allah supaya menurunkan hujan bagi menyejukkan sedikit suhu di daerah ini. 

“Keadaan cuaca panas yang melampau menimbulkan kerisauan kerana boleh menyebabkan berlaku strok haba dan turut memberi kesan kepada petani dan penternak ikan air tawar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nik Raisnan memberitahu, cuaca panas melampau ketika ini menyebabkan kebanyakan sumber air seperti telaga, air tandak dan air sungai mulai menyusut.

Katanya, penduduk kampung yang berdepan masalah telaga kering perlu memastikan sumber air telaga baharu yang digali mereka adalah selamat.

“Kita berharap penduduk dapat mengendalikan punca air yang selamat untuk diminum serta mengawal pergerakan anak dan mengurangkan aktiviti riadah di luar rumah,”  ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×