'Saya tidak kesal'

‘Saya tidak kesal’

Royan Azhari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADINAH: Royan Azhari, 46, tidak pernah menyesal, jauh sekali mengeluh mengenang nasib bergelar tukang cuci di Masjid Nabawi.

Malah, dia menyifatkan peluang dan masa untuk berada lebih lama di Masjid Nabawi serta berada dekat dengan Rasulullah SAW lebih mahal harganya berbanding pekerjaan lain.

Selain itu, bapa kepada tiga anak dari Lombok, Indonesia itu menyifatkan dirinya antara manusia bertuah dan bahagia di dunia ini apabila dapat memasuki Raudhah setiap hari.

“Sebagai seorang pekerja saya berpeluang memasuki Raudhah setiap hari. Saya lebih bahagia di sini dan tidak mahu mencari pekerjaan lain. Biarlah gaji sedikit tetapi saya dekat dengan Rasulullah SAW,” katanya.

Dia antara sebahagian tukang cuci yang berkhidmat di Masjid Nabawi, yang biasanya banyak didominasi warga Bangladesh.

Sejak hampir 15 tahun bekerja di sini, Royan memperoleh pendapatan sebanyak 400 riyal (RM505) sebulan dan bekerja lapan jam setiap hari.

“Tetapi saya lebih bahagia di sini dan tidak mahu mencari kerja di tempat lain. Biarlah gaji sedikit tetapi saya dekat dengan Rasulullah SAW,” katanya.

Cerita Royan lagi, pelbagai pengalaman berharga sepanjang hampir 15 tahun bekerja di situ.

“Letakkan agama nombor satu dan dunia dibelakangnya. Selepas itu nanti barulah perkara lain menyusul dan Allah SWT bagi apa yang kita inginkan.

“Itu antara perkara yang saya yakin sampai bila-bila.Sebab itu saya tidak kisah untuk bekerja di sini (Masjid Nabawi),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×