20 kejohanan siapkan Aisyah ke Olimpik

20 kejohanan siapkan Aisyah ke Olimpik

NUR Aisyah Mohamad Zubir menjadikan Belgium sebagai medan persiapannya menjelang Sukan Olimpik Paris, Julai ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba basikal lebuh raya negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir akan berkelana di Belgium pada hujung bulan ini bagi menyertai kira-kira 20 kejohanan sebagai persiapan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill berkata, pelumba berusia 27 tahun itu akan terlepas kejohanan di Kazakhstan pada Jun ini.

“Saya berbincang bersama jurulatihnya, Amir Mustafa Rusli. Bermula 25 Mei ini, Nur Aisyah akan ke Belgium dan akan terus berada di sana sehingga Olimpik menyingkap tirainya.

“Semasa di negara terbabit, beliau akan menyertai 20 kejohanan dan negara Belanda turut berada dalam senarainya. Saya lihat jadual kejohanannya betul-betul padat,” kata Amarjit.

Amarjit menambah, PKBM sedang berusaha untuk membawa pelumba lain sebagai persiapan dan latihan awal sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini kepada Nur Aisyah.

Terdahulu, Nur Aisyah turut meminta set peralatan serta kelengkapan yang baharu bagi menghadapi acara berprestij dunia itu untuk menjadi pencabar utama semasa perlumbaan.

Dalam pada itu, Amir Musafa yakin terhadap anak buahnya dengan keupayaan dan komitmen yang diberi semasa program latihan dan kejohanan yang padat.

“Nur Aisyah melalui pelbagai corak latihan. Setakat ini tiada masalah. Di Belgium nanti saya perlu susun strategi kepadanya semasa perlumbaan.

“Perancangan saya juga akan berbincang bersama John Beasley (Ketua Jurulatih Berbasikal Trek Negara) mengenai strategi yang terbaik sebelum Paris bermula,” kata Amir Mustafa.

Untuk rekod, Nur Aisyah menjadi pelumba berbasikal lebuh raya wanita pertama negara beraksi di pentas Olimpik selepas berjaya melayakkan diri berdasarkan ranking dan prestasi konsisten di kejuaraan antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×