Naza ambil alih 100% pegangan dalam BEnviro

Naza ambil alih 100% pegangan dalam BEnviro

Menara Naza.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd. (Kumpulan Naza) mengambil alih 100 peratus pegangan dalam Berjaya Enviro Holdings Sdn. Bhd. (BEnviro), sebuah pemain utama dalam industri pengurusan sisa. 

Pengambilalihan ini membuka peluang unik kepada Kumpulan Naza untuk menceburi ekonomi hijau dan memanfaat peluang pertumbuhan dalam sektor sisa pepejal perbandaran (MSW), sisa terjadual (SW) dan sektor ‘Waste To Energy’ (WTE).

Pengambilalihan itu juga  merupakan satu mercu tanda penting dalam halaju pertumbuhan Naza dan mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam sektor pengurusan sisa Malaysia. 

Ia juga melibatkan pengambilalihan tujuh entiti di bawah BEnviro, iaitu BPJ-Berjaya Sdn. Bhd., Berjaya Eco Services Sdn. Bhd., Save the Sea Sdn. Bhd., Berjaya Enviro Parks Sdn. Bhd., Amita Berjaya Sdn. Bhd., J&T Berjaya Alam Murni Sdn. Bhd. dan Berjaya Energies Sdn. Bhd.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, melalui pengambilalihan itu, mereka dapat menawarkan solusi menyeluruh untuk memenuhi keperluan pengurusan sisa Malaysia.

Katanya, ini dengan memanfaatkan infrastruktur operasi yang luas, kemajuan teknologi dan tenaga kerja berbakat BEnviro serta tujuh anak syarikatnya. 

“Pengurusan sisa merupakan asas ekonomi hijau, dengan potensi aliran pendapatan stabil yang tidak terjejas oleh kitaran ekonomi. 

“Pengambilalihan ini mencerminkan dedikasi dan komitmen Naza terhadap pertumbuhan strategik perniagaannya dengan menceburi dalam penyediaan solusi komprehensif pengurusan sisa, di samping memberi penekanan kepada kelestarian alam sekitar,” katanya dalam kenyataan. 

Jelas beliau, kumpulan Naza kini menerokai sektor baharu yang sejajar dengan visi mereka untuk pembangunan mampan, kecekapan sumber dan penekanan kepada piawaian

tertinggi dalam kebertanggungjawaban alam sekitar. 

“Sektor pengurusan sisa yang merupakan aspek penting ekonomi hijau dijangka akan mengalami pertumbuhan yang besar sejajar dengan visi Naza.

“Perniagaan pengurusan sisa mempunyai aliran pendapatan stabil yang dapat diramalkan dan tidak bergantung kepada kitaran ekonomi,” katanya. 

Naza akan terus mengendalikan Bukit Tagar Enviro Park, sebuah taman eko pengurusan sisa berintegrasi seluas 266 hektar merupakan satu daripada tapak pelupusan sanitari terbaik di negara ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×