BUNGA api sering digunakan dalam sesuatu sambutan atau majlis di seluruh pelosok dunia.
Sebagai contoh sambutan perayaan, kemerdekaan sesebuah negara dan sambutan tahun baru.
Terdapat pelbagai jenis bunga api yang ada di pasaran.
Ada bunga api yang menghasilkan letupan berwarna warni menerangi suasana malam yang indah dan sudah pasti ia akan menarik minat peminat fotografi untuk merakam momen singkat tersebut yang mengambil masa sekitar lima hingga 10 minit sahaja.

Untuk fotografi bunga api, ketetapan kamera yang tepat, sentiasa berlainan bergantung kepada faktor cahaya bunga api yang dihasilkan. Aspek latar belakang yang bercahaya juga perlu dititikberatkan.
Ramai peminat fotografi sedia maklum bahawa fotografi bunga api akan menggunakan teknik
dedahan yang panjang.
Cadangan pertama adalah tetapkan tetapan pada Ia membolehkan anda mengawal semua mod yang
ada pada kamera anda.
Sebagai permulaan, anda boleh menetapkan ISO rendah antara 100 hingga 400 manakala kelajuan pengatup pada 0.5 saat dan 3 saat dan bukaan pada lensa kamera pula pada tetapan F8.

Tetapan ini tidak kekal, anda perlu mengubahnya mengikut jumlah cahaya yang ada di hadapan anda.
Teknik merakam bunga api adalah sama dengan merakam imej lain yang menggunakan teknik dedahan panjang.
Semakin lama bukaan semakin banyak pergerakan bunga api yang dapat dirakam dan menghasilkan
satu garisan cahaya yang menarik.
Gunakan tripod dan pelepas pengatup, kerana kedua-dua peralatan ini membuatkan imej anda tidak
bergegar dan lebih stabil kamera dengan mod manual.











