Dua pekerja separa sedar terhidu gas - Utusan Malaysia

Dua pekerja separa sedar terhidu gas

SALAH seorang mangsa kebocoran gas phenol di sebuah kilang dikejarkan ke Hospital Kulim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Empat pekerja lelaki di sebuah kilang menghasilkan produk berasaskan plastik terpaksa dikejarkan ke Hospital Kulim, di sini akibat terhidu gas phenol yang bocor di Lunas, hari ini.

Dalam kejadian itu, dua mangsa didapati dalam keadaan separuh sedar, manakala dua lagi pekerja terlibat mengadu pening dan loya.

Komander Operasi Kanan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Bomba Kedah, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 9.53 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati terdapat kebocoran bahan kimia jenis gas phenol dengan empat mangsa terhidu gas tersebut.

“Pasukan Hazmat terus melakukan operasi nyah cemar terhadap mangsa dan kawasan sekitar kilang yang mana operasi berjaya dikawal pada pukul 11.19 pagi,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, dua mangsa warga tempatan yang separuh sedar dikejarkan ke Hospital Kulim menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).

“Dua lagi iaitu seorang lelaki tempatan dan seorang warga Bangladesh dibawa ke hospital sama oleh jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba,” ujarnya.

Tambahnya, pasukan Hazmat Kulim Hi-Tech telah mengesahkan tiada lagi bacaan bahan kimia berbahaya di lokasi kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×