Lebih ramai mangsa liwatakan tampil buat laporan polis

Lebih ramai mangsa liwat akan tampil buat laporan polis

MUHAMAD Zaki Harun (kanan) beramah mesra dengan pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, kelmarin. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Beberapa laporan polis dijangka dibuat oleh mang­sa lain apabila seorang ustaz di­cekup selepas dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di Machang dekat sini sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, setakat ini, enam laporan terhadap suspek sama diterima pihaknya termasuk tiga laporan melibatkan pelajar tahfiz di Bachok yang berusia 12 hingga 13 tahun.

Beliau berkata, pihaknya ya­kin ramai lagi mangsa yang me­rupakan pelajar pusat tahfiz enggan tampil kerana masih ber­sikap ragu-ragu.

“Suspek masih direman sehingga 29 April ini dan banyak lagi perkara yang kita ingin lihat. Sebelum ini, tiga laporan dibuat pelajar di Bachok yang merupakan tempat suspek bertugas sebelum ini.

“Mungkin ramai lagi mangsa kerana di Machang sahaja kita dapati penuntut dan pelajarnya ada 15 orang. Jadi, mangsa yang lain mungkin masih ragu-ragu. Kita masih tunggu dan kita akan panggil ibu bapa terlibat,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, kelmarin.

Muhamad Zaki memberitahu, siasatan mendapati, pusat tahfiz berkenaan juga beroperasi tanpa kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Me­layu Kelantan (Maik) selain tidak di­pantau oleh pihak berkuasa tem­patan tempatan (PBT).

Katanya, pusat tahfiz itu beroperasi di bangunan terbiar di atas tanah milik kerajaan.

“Kita perlu melihat kes-kes seperti ini di daerah lain juga. Saya telah mengarahkan Ketua Polis Daerah dan Ketua Balai Polis untuk melihat ke kawasan lain jika wujud kes sedemikian.

“Kita mahu institusi sekolah agama ini betul-betul memberikan satu pengajian dan boleh menjaga kebajikan anak-anak,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, perbuatan jijik seorang ustaz dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki sejak dua tahun lalu terbongkar selepas dia ditahan polis baru-baru ini.

Suspek berusia 39 tahun yang merupakan tenaga pengajar di sebuah pusat tahfiz di Machang dicekup pada 16 April lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×