Peraturan baharu pembukaan kaunter JPJ perlu dikaji semula

Peraturan baharu pembukaan kaunter JPJ perlu dikaji semula

KAUNTER Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu berjalan pada waktu rehat tengahari melalui sistem pergiliran dalam tugas bagi memudahkan orang ramai berurusan sekali gus mengurangkan kesesakan.-UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 15 April lalu, pukul 12 tengahari saya ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Tapah, Perak  atas urusan pertukaran nama hak milik motosikal terpakai yang baharu dibeli.

Memuatkan artikel berkaitan…

Urusan saya terganggu ekoran nombor giliran yang sudah habis seperti mana dimaklumkan petugas  Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela) di situ. Beliau menyatakan nombor akan dikeluarkan semula pada pukul 2 petang.

Pada pukul 12 tengahari itu masih terdapat orang ramai yang menunggu giliran untuk  berurusan di kaunter JPJ. Kaunter hanya melayan pelanggan yang mempunyai nombor giliran sahaja.

Saya diminta datang semula pada pukul 2 petang untuk mendapatkan nombor giliran dan berurusan.

Sebagai sebuah jabatan yang berurusan dengan orang ramai dicadangkan agar JPJ menukar kaedah perkhidmatan kaunter dengan lebih mengutamakan pelanggan  yang berurusan. 

Kaunter perlu berjalan terus pada waktu rehat tengahari. Ini boleh dilakukan apabila ada sistem pergiliran dalam tugas. Langkah ini sekali gus memudahkan orang ramai yang ingin berurusan daripada kawasan jauh tetapi ‘terbantut’  akibat kehabisan nombor giliran.

Jabatan kerajaan perlu mendahulukan rakyat. Imej kerajaan akan  buruk jika tidak mendahulukan rakyat dalam memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra dan bertimbang rasa mereka yang berurusan di kaunter. 

Dalam konteks ini, JPJ perlu ditransformasi terutama dalam penyampaian perkhidmatan berteras rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. No wrong door policy kepada orang ramai untuk berurusan dan dipermudahkan.

Dalam masa yang sama kaedah pembayaran tanpa tunai sebagai pilihan manakala kaedah tunai diteruskan memandangkan bukan semua orang memboleh buat bayaran secara tanpa tunai atau atas talian. 

Ini kerana masih ramai yang membawa wang tunai bagi pelbagai urusan dan membuat  bayaran berdasarkan perkhidmatan berkenaan.-UTUSAN

TAN DEWA SAKTI, Kampar, Perak

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN