PETALING JAYA: Isteri kepada suspek yang melepaskan tembakan di Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, menyifatkan pengawal peribadinya seorang family man dan gigih mencari rezeki.
Farah Md. Isa atau Farah Cie melalui hantaran dalam lama Facebook berkata, pengawal peribadinya, Mohd. Nur Hadith Zaini, 38, atau dikenali sebagai Along mempunyai tiga cahaya mata dan bakal menimang anak keempat.
Katanya, Along raji bekerja bagi menyara keluarganya, selain merupakan suami yang sangat ringan tulang membantu isteri.
“Along merupakan anak sulung daripada tujuh beradik dan sangat mementingkan keluarganya serta sentiasa mengambil berat perihal keluarga,” katanya dalam hantaran itu.
Kata Farah Cie, Along juga mempunyai seorang cahaya mata kurang upaya (OKU) dan memerlukan penjagaan bapanya yang kini sedang terlantar.
“Anak sulung Along iaitu Adam adalah OKU. Kebiasaannya Along yang akan mengangkat Adam untuk urusan bersihkan badan.
“Apabila Along sakit, isterinya tidak berupaya untuk mengangkat Adam yang kini sudah berusia 13 tahun,” jelasnya.
Tambahnya, ibu Along yang akan menjaga anak-anaknya di rumah sekira isterinya ke hospital.
Kongsinya lagi, keluarga kepada pengawal peribadinya itu turut berikhtiar agar anak sulung mereka lekas sembuh.
Usahawan wanita itu yang menyampaikan sumbangan buat keluarga Along berkata, sebuah tabung akan dibuka untuk membantu lelaki berkenaan pada masa akan datang.
“Ayah Along berpesan meminta pertolongan agar mendoakan anaknya di depan Kaabah jika jemaah atau sahabat yang ke Mekah.
“Saya mewakili The Mahabbah menyampaikan sumbangan buat ahli keluarga Along dan mengajak anda untuk berdoa agar kesihatannya kembali pulih, amin,” katanya.
Farah Cie berkata, dia juga akan buka tabung kecemasan untuk bantu keluarga Along.
“Insya-ALLAH kami akan buka tabung kecemasan untuk bantu keluarga Along. Mohon doakan ya,” kongsinya.
Farah Cie juga memanjatkan kesyukuran kerana pengawal peribadinya sudah sedarkan diri selepas menjalani pembedahan pada bahagian usus di hospital.
“Syukur terima berita Along sudah sedarkan diri. Terima kasih Ya Allah!
“Alhamdulillah beberapa hari lepas, saya berkesempatan untuk berjumpa isteri Along, Siti Noraida Hassan di Hospital Cyberjaya.
“Ketika itu, Along masih tidak sedarkan diri dan pihak hospital tidak membenarkan orang luar menziarahi kecuali ahli keluarga,” katanya. – UTUSAN










