Malaysia catat nilai suku tahun pertama tertinggi dalam sejarah

Malaysia catat nilai suku tahun pertama tertinggi dalam sejarah -MITI

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prestasi perdagangan Malaysia berjaya menunjukkan peningkatan sebanyak 7.1 peratus iaitu kepada RM690.59 bilion berbanding tahun sebelumnya dengan lebihan dagangan sebanyak RM34.22 billion.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, eksport pada suku pertama meningkat 2.2 peratus kepada RM362.41  bilion, berbanding suku sama 2023, disumbangkan oleh barang perkilangan dan hasil galian.

Katanya, nilai import meningkat 13.1 peratus kepada RM328.19 bilion, didorong oleh barangan modal dan pengantara yang digunakan dalam aktiviti pembuatan barangan untuk dieksport.

“Sementara nilai eksport ke ASEAN, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun juga turut menyokong kepada pertumbuhan itu.

“Kenaikan ketara ini direkodkan bagi barangan besi dan keluli, jentera, kelengkapan dan peralatan, barangan perkilangan logam, petroleum mentah dan gas asli cecair (LNG),” katanya.

Berdasarkan prestasi bulanan pula, MITI berkata, nilai eksport dan import pada bulan Mac 2024 menunjukkan peningkatan dua angka bulan ke bulan masing-masing sebanyak 15.6 peratus, 15.5 peratus dan 15.7 peratus berbanding Februari 2024.

Jelasnya, perdagangan turut mencatatkan nilai bulanan tertinggi dalam sejarah sebanyak RM244.47 bilion bagi Mac.

Tambahnya, eksport bernilai RM128.64 bilion dan import RM115.83 bilion memberikan lebihan dagangan RM12.81 bilion, menandakan lebihan dagangan ke-47 berturut-turut sejak Mei 2020.

“Pada Mac 2024, perdagangan dan import masing-masing mengembang 5.1 peratus dan 12.5 peratus dari tahun ke tahun, manakala eksport berkurang secara marginal sebanyak 0.8 peratus.

“Perdagangan malaysia dengan rakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) pula menunjukkan pertumbuhan positif dengan nilai mencapai RM456.02 bilion, iaitu eksport meningkat 0.3 peratus dan import bertambah 9.6 peratus berbanding tahun 2023,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×