UPM sasar raih 22 emas di Masum 2024

UPM sasar raih 22 emas di Masum 2024

KONTINJEN UPM yang akan menyertai Karnival Sukan Masum 2024 Fasa 1 yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 21 hingga 27 April ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Kontinjen Universiti Putra Malaysia (UPM) menyasarkan untuk menduduki dua tangga teratas pungutan pingat daripada 20 pasukan yang bertanding dalam Karnival Sukan Masum 2024.

Karnival sukan berkenaan melibatkan dua fasa iaitu Fasa 1 berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 21 hingga 27 April ini dan Fasa 2 di Universiti Malaya (UM) pada 6 hingga 12 Mei depan.

Pengarah Akademi Sukan UPM, Prof. Dr. Mohammad Hamiruce Marhaban berkata, untuk menduduki dua tempat teratas, UPM menyasarkan kutipan 22 pingat emas iaitu 12 emas di Fasa 1 dan 10 emas di Fasa 2.

“Harapan saya kepada atlet-atlet UPM, agar jadikan sasaran tersebut sebagai motivasi untuk kita menyumbang sesuatu kepada UPM.

“Jadikan sasaran pingat yang disandar kepada setiap atlet dan kontinjen sebagai suatu momentum dengan semangat juang yang tinggi untuk melakukan yang terbaik dan seterusnya melengkapkan sasaran kejuaraan. 

“Berbekalkan semangat, keazaman dan keyakinan tinggi, sasaran kita Insya-Allah akan dapat dicapai dan inilah peluang terbaik untuk atlet membuktikan bahawa UPM boleh,” kata Mohammad Hamiruce dalam majlis penyerahan bendera kontinjen, semalam.

Turut hadir Timbalan Pengarah Akademik dan Penyelidikan Akadmei Sukan, Dr. Eugene Koh Boon Yau, Timbalan Pengarah Perundingan, Jaringan Komuniti dan Pembangunan Akademi Sukan, Dr. Samir Muhazzab Amin, Timbalan Pengarah Pengembangan Atlet dan Staf Akademi Sukan, Dr. Hanafiah Ayub dan Ketua Kontinjen UPM, Muhamad Malik Bin Ahmad Tobias.

Menurut Mohammad Hamiruce, Karnival Fasa 1 akan melibatkan tujuh acara sukan iaitu memanah, taekwondo, bola tampar pantai, petanque, silat, ping pong dan catur.

Pada Fasa 1 katanya, UPM mempertaruhkan tiga atlet kebangsaan dari sukan bola tampar pantai iaitu Goh Chiao Huey, Irene Siah Qi Min dan N. Phavithyranmuni.

“Untuk Fasa 2 pula, sebanyak 10 sukan dipertandingkan iaitu badminton, bola jaring, bola baling, bola keranjang, boling padang, sofbol, tenis, karate, skuasy dan ragbi 7 sebelah. 

“Untuk Fasa 2 ini, sembilan atlet kebangsaan memperkuatkan kontinjen UPM iaitu tiga dalam bola jaring, lima untuk ragby 7 sebelah dan seorang atlet karate,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×