Peruntukan ahli Parlimen pembangkang bukan syarat sokong Anwar sebagai PM - Utusan Malaysia

Peruntukan ahli Parlimen pembangkang bukan syarat sokong Anwar sebagai PM

ANWAR INRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tiada syarat yang ditetapkan dalam peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong beliau sebagai Perdana Menteri. 

Katanya, syarat menyokong beliau juga tidak dibincang dalam Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Seri Perdana, Putrajaya, semalam, menyaksikan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Katanya, perbincangan semalam hanya menumpukan kepada kestabilan kerajaan sedia ada di samping menekankan pertumbuhan ekonomi yang mampu menjamin keamanan dan kestabilan negara ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan jawatankuasa bagi memperincikan jumlahnya dan syarat-syarat bagi mendapatkan peruntukan tersebut. 

“Kerajaan minta kepada Fadillah dan jawatankuasa (untuk memperincikan terma dan syarat), namun tiada syarat mahu sokong saya sebagai Perdana Menteri sepertiditohmah oleh pembangkang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang, hari ini. 

Semalam, Fadillah dilaporkan berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan secara dasar bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Katanya, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat yang dipengerusikan Anwar serta dihadiri pemimpin tertinggi parti komponen kerajaan perpaduan di Seri Perdana, Putrajaya. 

Sehubungan itu, Fadillah berkata, satu draf memorandum persefahaman (MoU) akan dirangka terlebih dahulu dan dipanjangkan kepada pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.

Ketua Whip DAP, Nga Kor Ming kemudian berkata, peruntukan untuk ahli-ahli Parlimen pembangkang adalah bersyarat sebagaimana diputuskan oleh mesyuarat itu.

Kor Ming bagaimanapun berkata, syarat-syarat yang akan dikenakan kepada semua ahli Parlimen pembangkang tidak diperincikan dalam mesyuarat berkenaan. 

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Perikatan Nasional (PN) mahu meneliti semua syarat dalam draf memorandum persefahaman (MoU) yang disiapkan kerajaan berhubung peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini