UMNO Terengganu hargai Zahid - Utusan Malaysia

UMNO Terengganu hargai Zahid

ROZI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: UMNO Terengganu menzahirkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di atas kejujuran menandatangani afidavit tambahan bagi menyokong petisyen bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dengan kewujudan titah adendum tahanan rumah.

Pengerusi UMNO Negeri Terengganu, Datuk Rozi Mamat berkata, tindakan Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO itu membuktikan beliau sentiasa konsisten berusaha dalam pembelaan terhadap Najib yang merupakan seorang bekas pemimpin negara.

Beliau berkata, pihaknya memohon supaya pihak berkuasa melaksanakan titah adendum berhubung dengan pengampunan Najib sesuai dengan proses perundangan negara agar perkara ini tidak menjadi polemik berpanjangan.

“UMNO Terengganu menggesa semua pihak bertenang dan menerima proses yang dibenarkan di bawah kuasa Perlembagaan YDP Agong seperti mana pengampunan yang pernah diberikan kepada individu-individu lain sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan melihat dan membaca titah adendum oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraannya di rumah.

Sehubungan itu, beliau menyokong Najib berhubung dakwaan kewujudan titah aden-
dum (tambahan) agar bekas Perdana Menteri itu menghabiskan baki hukuman penjara de-
ngan tahanan di rumah melalui satu adavit sokongan yang difailkan pada 9 April lalu. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×