PSG, Borussia ke separuh akhir Liga Juara-Juara

PSG, Borussia ke separuh akhir Liga Juara-Juara

Kylian Mbappe meraikan jaringan gol menentang Barcelona dalam aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Estadi Olimpic Lluis Company, Barcelona. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Memuatkan artikel berkaitan…
LIGA JUARA-JUARA
Keputusan
Borussia Dortmund (GER) 4 – 2 Atletico Madrid (ESP)
(Borussia menang agregat 5-4)
Barcelona (ESP) 1 – 4 Paris Saint-Germain (FRA)
(PSG menang agregat 6-4)
BARCELONA: Kylian Mbappe menjaringkan dua gol untuk Paris Saint-Germain (PSG) bangkit menghukum Barcelona yang beraksi dengan 10 pemain 4-1 sekali gus menempah tiket ke separuh akhir Liga Juara-Juara berbekalkan kemenangan agregat 6-4.
Raphinha lebih awal meletakkan Barca di depan, namun tindakan pengadil melayangkan kad merah kepada Ronald Araujo pada minit ke-29 mengubah permainan walaupun kelab Sepanyol itu turun berbekalkan kelebihan kemenangan 3-2 dalam aksi pertama suku akhir sebelum ini.
Ousmane Dembele dan Vitinha berjaya menyamakan kedudukan agregat sebelum dua jaringan Mbappe mengesahkan PSG ke saingan empat akhir buat pertama kali sejak 2021 dan akan menentang Borussia Dortmund di separuh akhir.
Dalam satu lagi saingan suku akhir, Borussia bangkit melawan untuk mencatat kemenangan 4-2 dan mengesahkan tempat ke suku akhir buat pertama kali sejak 2013 dengan kemenangan agregat 5-4. – AFP/UTUSAN   
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini