PERSATUAN Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Pulau Pinang menawarkan perkhidmatan ambulan selama 24 jam sempena sambutan Aidilfitri bagi memastikan lebih ramai pesakit atau mangsa yang terlibat dalam sebarang insiden tidak diingini sepanjang perayaan itu mendapat rawatan segera.
Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi berkata, perkhidmatan berkenaan diberikan untuk tempoh seminggu bermula 7 April lalu.
Katanya, ketika ini, PBSM Pulau Pinang memiliki sebuah pusat operasi ambulan yang juga beroperasi selama 24 jam di Batu Maung dan pusat tersebut boleh memberikan respon segera terhadap sebarang panggilan kecemasan khususnya 999.
“Jadi, jika berlaku sebarang kejadian kecemasan, bolehlah menghubungi talian terbabit (999) dan perkhidmatan ambulan terdekat akan tiba dengan kadar segera,” katanya dalam majlis pelancaran perkhidmatan ambulan itu di George Town, baru-baru ini. – UTUSAN










