TIGA pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya membangunkan aplikasi Grow Your App STEM Kit yang berupaya membantu kanak-kanak prasekolah mengenali asas keperluan tumbuhan yang diintegrasikan dengan aplikasi community-based growth tracker.
Kit yang dihasilkan menerusi teknologi Internet of Things (IoT) ini mempunyai potensi menarik kanak-kanak prasekolah untuk pengetahuan asas dalam bidang pertanian.
Menariknya, kit ini dilengkapi dengan pengesan nutrien tanah, planting pot, beaker dan benih tumbuhan yang boleh dipilih contohnya tomato, sawi dan lain-lain.
Inovasi ini memenangi tempat ketiga bagi kategori di bawah kategori Make STEM Fun Again dalam Program Sustainathon Malaysia 2024, yang berlangsung di Asia School of Business (ASB), Kuala Lumpur, bulan lalu.










