PRN: UPKO berhasrat tanding kerusi campuran

PRN: UPKO berhasrat tanding kerusi campuran

EWON Benedick semasa majlis iftar bersama warga Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Kota Kinabalu semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Biarpun berhasrat mengekalkan tradisi bertanding di kawasan Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) namun, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) turut mengintai kerusi di kawasan campuran.

Presidennya, Datuk Ewon Benedick berkata, umum mengetahui bahawa kerusi-kerusi tradisi UPKO adalah di kawasan pengundi KDMR tapi pada masa sama, UPKO juga ingin diberi ruang untuk bertanding di kawasan-kawasan campuran.

“Justeru, saya percaya ada ruang untuk kita juga berunding untuk parti ini diberi ruang di kawasan-kawasan campuran. Apa yang pasti, UPKO ingin bertanding lebih daripada kawasan yang kita menang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di peringkat DUN, kita hanya ada satu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kadamaian sahaja. Jadi, UPKO perlu menang lebih daripada kerusi itu,” katanya semasa majlis iftar bersama warga Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sasaran kerusi yang UPKO ingin tandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ditanya adakah parti itu akan kembali bertanding di kerusi DUN Moyog yang merupakan kerusi tradisi UPKO, beliau berkata, perundingan perlu dilakukan dengan semua pakatan kerana beliau percaya semua parti ingin bertanding di semua 73 kerusi DUN.

“Maka, perbincangan perlu dibuat dengan rakan-rakan pakatan agar tidak berlaku perebutan kerusi. Semakin banyak kita berantakan berebut tentang kerusi maka, kita tidak dapat merangkul kekuatan untuk menstabilkan Sabah dan menyelesaikan keperluan sebenar di Sabah.

“Kalau kita bercakap tentang kerusi setiap hari maka, sentiasa akan bergaduh. Tapi, kalau kita rangkul kekuatan di peringkat kementerian, saya fikir rakyat boleh menerima manfaatnya,” katanya.

Menurutnya, beliau bersama Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Kurup telah memulakan kerjasama di peringkat kementerian masing-masing bagi membantu rakyat yang memerlukan bantuan menerusi kementeriannya dan juga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×