Pengayuh beca bersyukur walaupun sambut Aidilfitri secara ala kadar

Pengayuh beca bersyukur walaupun sambut Aidilfitri secara ala kadar

DR. Hafizah Mustakim (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan raya kepada Mohd. Samsul Bahari Mat Yunan, di Dataran Kala, Kota Bharu, Kelantan hari ini.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang penarik tetap bersyukur menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama isteri dan dua anaknya secara ala kadar disebabkan oleh pendapatan yang tidak menentu.

Mohd. Samsul Bahari Mat Yunan, 40, berkata, disebalik kepayahan itu dia gembira apabila isteri serta anak-anak memahami situasi dan mereka seolah-olah sudah ‘masak’ dengan cabaran hidup ketika ini.

“Pendapatan yang tidak menentu menyukarkan saya untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Lagipun ketika ini, tidak ramai yang menggunakan khidmat beca.

“Boleh dikira dengan jari, lagipun kebanyakan orang ramai sudah mempunyai kenderaan sendiri. Mungkin sebab itulah rezeki kami agak payah sedikit,” katanya selepas menerima sumbangan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama Dr. Hafidzah Mustakim.

Seramai 18 pengayuh beca menerima sumbangan berupa barangan keperluan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Mohd. Samsul Bahari memberitahu, sumbangan itu sedikit sebanyak membolehkan dia membuat persiapan menyambut lebaran minggu hadapan.

Sementara itu, seorang lagi penerima, Tuan  Soh Long Omar, 78, berkata,  dia masih lagi menggagahkan kudrat mengayuh beca kerana perlu menanggung pembelajaran anak kembarnya.

Katanya, anak kembarnya ketika ini masing-masing sedang menyambung pengajian di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Institut Pendidikan Guru di Cheras, Kuala Lumpur.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×