14 rumah banjir kilat di Kampung Gerak Sepadu, Cameron Highlands - Utusan Malaysia

14 rumah banjir kilat di Kampung Gerak Sepadu, Cameron Highlands

KEADAAN sebuah rumah yang terlibat banjir kilat di Kampung Gerak Sepadu, Taman Desa Corina di Cameron Highlands, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Sebanyak 14 buah rumah di Kampung Gerak Sepadu, Taman Desa Corina di sini terlibat banjir kilat ekoran limpahan air dari Sungai Kampung Raja.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands, Amir Nuddin Mat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 1.18 pagi.

“Sebanyak 14 buah rumah terlibat dan keadaan banjir surut sepenuhnya ketika pihak bomba dan jentera tiba di lokasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa bagaimanapun selamat dan tidak melibatkan pemindahan, manakala kerja membersihkan sisa kotoran banjir kilat dilakukan oleh penduduk di situ selepas air surut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Amir Nuddin, limpahan air dari sungai tersebut menyebabkan paras air dianggarkan setinggi kira-kira 1.5 meter di kawasan tempat tinggal di situ.

Ujarnya, seramai 10 anggota BBP Cameron Highlands melakukan pemeriksaan di lokasi bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan tiada kecemasan lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini