EXAL Group lancar SOL Estate - Utusan Malaysia

EXAL Group lancar SOL Estate

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: EXAL Group melancarkan SÓL Estate, sebuah projek pembangunan kediaman bertanah baharu di Kuching, Sarawak yang terinspirasi daripada rumah mewah di Australia.

Pengarah Urusan EXAL Malaysia, Albert Ko berkata, projek pembangunan yang baharu ini turut menawarkan gabungan gaya hidup moden yang berfungsi dengan pengayaan dalaman yang kontemporari serta ruang dalaman dan luaran yang luas.

“Rumah-rumah halaman Fasa satu telah dijual sepenuhnya dengan hanya empat unit rumah dupleks yang sedia ada manakala Fasa dua yang bakal tiba akan menjadi satu-satunya fasa yang tinggal untuk memperoleh rumah halaman,” katanya dalam kenyataan.

Pembangunan itu didirikan di tanah seluas 31 ekar dan terdiri daripada dua unit pameran iaitu dupleks dua tingkat dan rumah laman dua tingkat.

seramai 300 pengunjung yang menghadiri majlis pelancaran tersebut berpeluang untuk meraikan gaya hidup SÓL Estate di samping berhadapan dengan kawasan komuniti luar yang dipenuhi dengan masyarakat mesra.

Dalam pada itu, Ketua Agensi PropNex Sarawak, Shirley Yeo turut berkata, projek kediaman ini adalah pertama kalinya menggunakan reka bentuk pemikiran ke hadapan sambil memperjuangkan keterangkuman dan memupuk hubungan merentas generasi di Sarawak.

Katanya, reka bentuk ini merupakan inspirasi daripada rumah mewah di Australia dengan menitikberatkan sepenuhnya kepada aspek keselesaan kepada penduduk kediaman.

“Pelbagai kemudahan yang telah disediakan seperti laman kehijauan, gelanggang bola keranjang hingga ke taman permainan bagi kanak-kanak yang jelas direka untuk memenuhi keperluan penduduk dari semua peringkat umur.

“Hal ini kerana, kediaman ini turut mengambil berat dan ingin mempromosikan aspek kesihatan, rekreasi dan sifat kemasyarakatan yang sewajarnya dipraktikkan dalam komuniti pada hari ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×