Utusan Malaysia, tingkat pengukuhan bahasa Melayu di sekolah

Utusan Malaysia, tingkat pengukuhan bahasa Melayu di sekolah

Fadhlina Sidek melayan tetamu yang hadir pada Majlis Iftar Si Burung Kecil dan Ramah Mesra bersama-sama pengamal media di Dewan Kompleks Seri Bintang, Kuala Lumpur,, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menyambut baik kemasukan akhbar Utusan Malaysia dan dua lagi akhbar utama di negara ini ke sekolah yang diyakini dapat membantu meningkatkan pengukuhan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.

Akhbar-akhbar itu akan memberi memanfaatkan kepada lebih lima juta murid di 10,232 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang baru memulakan persekolahan bagi sesi 2024/2025 awal bulan lalu.

Utusan Malaysia sejak awal penerbitannya menggunakan format penggunaan bahasa Melayu yang tepat seperti digariskan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mampu menjadi wadah pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, media massa ba­nyak memainkan peranan dalam menyampaikan perkara-perkara yang sangat bermanfaat dan menambah pengetahuan am rakyat.

Kata beliau, kementeriannya sangat menyokong apabila tiga akhbar utama itu dibawa masuk ke sekolah termasuk Utusan Malaysia.

“Akhbar ini dibawa masuk untuk disebarkan serta memperluas peranannya dalam me­ngukuhkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.

“Selain itu, ia memastikan bahawa ruang dan disiplin membaca akhbar ini dipertingkatkan semula dalam ruangan di sekolah-sekolah,” katanya pada Majlis Iftar Si Burung Kecil dan Ramah Mesra bersama-sama pengamal media di Dewan Kompleks Seri Bintang di sini, kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×