Polis terima laporan guru didakwa lakukan pedofilia ke atas pelajar MRSM Tumpat

Polis terima laporan guru didakwa lakukan pedofilia ke atas pelajar MRSM Tumpat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung seorang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat yang didakwa melakukan pedofilia terhadap seorang murid lelaki.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, laporan dibuat oleh pelajar terbabit dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung laporan yang dibuat mangsa.

Menurutnya, sehubungan itu, polis akan mengambil keterangan daripada beberapa saksi dan siasatan akan dilakukan secara telus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan juga akan mengambil kira dalam pelbagai aspek termasuk kandungan WhatsApp dan individu lain yang pernah dihubungi mangsa atau guru terbabit.

“Kita juga meminta individu yang pernah dihubungi supaya tampil membantu polis untuk menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Iftar Ramadan Perdana Peringkat Kontinjen Kelantan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-217 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, siasatan akan dilakukan secara terperinci agar segala maklumat yang diperoleh dapat dirungkai.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 233
Akta Multimedia dan Komunikasi dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Media sebelum ini melaporkan, Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah mengarahkan siasatan segera keatas seorang guru yang didakwa melakukan pedofilia di MRSM Tumpat.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pasukannya bakal melawat MRSM tumpat dalam masa terdekat untuk melakukan siasatan.

Media sebelum ini melaporkan, seorang guru tular di aplikasi X setelah didakwa mengganggu pelajar-pelajar di MRSM itu sehingga trauma.

Menurut wanita tersebut, guru terlibat masih dibenar mengajar meskipun perbuatan terkutuknya itu diketahui oleh guru dan pelajar lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×