Isu stoking: Akmal rela tidak dipilih dalam pilihan raya daripada berdiam diri - Utusan Malaysia

Isu stoking: Akmal rela tidak dipilih dalam pilihan raya daripada berdiam diri

Dr. Muhamad Akmal Saleh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh terus menegaskan pendiriannya untuk terus lantang dalam isu kalimah Allah pada stoking yang dijual di rangkaian kedai serbaneka, KK Mart.

Muhamad Akmal yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, beliau lebih rela tidak dipilih di pilihan raya daripada tidak membuat apa-apa ketika agama Islam dihina.

“Saya terkedu, ketika agama Islam ini dihina dan kita mempertahankannya kita dianggap bikin kecoh

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah lebih teruk apabila agama kita dihina masih ada yang memikirkan perlu menjaga undi pilihan raya. Moga Allah beri kita kekuatan untuk mempertahankan agama Allah ini,” katanya di dalam satu hantaran di Facebook.

Muhamad Akmal berkata demikian sebagai respons terhadap pandangan pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid yang menyifatkan tindakan beliau itu berpotensi merugikan kerajaan.

Ahmad Fauzi berkata, Perdana Menteri perlu bersikap lebih tegas dalam mengawal Muhamad Akmal supaya perbuatan pemimpin muda itu tidak mencemari imej kerajaan.

Terdahulu, media melaporkan, Muhamad Akmal menerima ugutan bunuh selepas suspek didapati tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan beliau mengenai isu KK Mart.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini