Tiada bonus Aidilfitri buat penjawat awam di Kelantan

Tiada bonus Aidilfitri buat penjawat awam di Kelantan

MOHAMED Fadzli Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengesahkan tiada pemberian bonus khas sempena Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, ia berikutan pihaknya telah memberikan bantuan khas kewangan penjawat awam berjumlah RM2,000 sebelum ini.

Menurutnya, bayaran bantuan itu telah dibuat pada bulan lepas sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Menteri Besar (MB), Datuk Mohd. Nassuruddin Daud pada November tahun lalu.

“Memandangkan jaraknya sangat dekat dengan Hari Raya Aidilfitri maka ia sekali gus boleh dianggap ‘bonus raya’. 

Kita sangat menghargai penjawat awam dan kerana itu MB isytihar bantuan tersebut. Walaupun tidak banyak tetapi boleh membantu mana-mana yang kurang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik sempena Program Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Petronas  di sini, malam tadi.

Mohamed Fadzli memberitahu, sekiranya situasi ekonomi bertambah baik selepas ini  beliau melihat kerajaan boleh memikirkan inisiatif bantuan lain.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×