Hukuman berat menanti Wan Saiful

PARLIMEN: Hukuman berat menanti Wan Saiful

TAN SRI JOHARI ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Hukuman berat akan dikenakan kepada ahli Parlimen yang didapati bersalah dalam isu dakwaan cubaan mempengaruhi ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong kerajaan.

Perkara itu ditegaskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang berkata, beliau sudah membaca secara teliti hansard ucapan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Malah turut menjelaskan yang beliau telah menerima usul di bawah Peraturan 36 (12) daripada Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi untuk menghadapkan Wan Saiful ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa memfitnah.

Johari turut berkata, beliau mempunyai dua pilihan selepas mendapat penjelasan daripada semua yang terbabit, sama ada menghadapkan ahli Parlimen yang bersalah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen atau menubuhkan jawatankuasa baharu seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan Mesyuarat 80A yang akan dianggotai ahli Parlimen.

“Ingat hukuman pada kali ini berat, pasti berat kerana saya sudah berkali-kali memberi amaran dan ingatan bahawa isu politik didebat, di pentas luar bukan di dewan Ini. Masa dalam dewan yang mulia ini hendaklah kita gunakan untuk bincang runding dan bahas isu negara dan rakyat.

“Apa pun juga kita ada mekanisme cukup jelas apa juga keputusan oleh jawatankuasa. Kita ada tiga hari lagi saya akan teliti saya telah menulis kepada Tasek Gelugor untuk dapatkan fakta-fakta lepas itu saya akan hubungi Tanjong Karang dan Gua Musang untuk tindakan selanjutnya.

“Kalau didapati bersalah YB dua ini akan dihadapkan juga ke jawatankuasa,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×