Isu bau busuk sisa kelapa sawit selesai sebelum Aidilfitri

Isu bau busuk sisa kelapa sawit selesai sebelum Aidilfitri

TEMPAT penyimpanan sementara kulit kelapa sawit yang mencetuskan bau busuk di Tanjung Kling, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Isu bau busuk dari tempat penyimpanan sementara kulit kelapa sawit atau parm kernel shells (PKS) yang menjadi keresahan para penduduk Tanjung Kling di sini sejak Januari lalu, terutama masyarakat Kampung Balik Bukit bakal berakhir sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi berkata, syarikat yang mengelolakan tapak penyimpanan terletak berhampiran Balai Polis Tanjung Kling itu kini dalam proses memindahkan PKS untuk dieksport ke luar negara melalui Jeti Tanjung Bruas.

Ujarnya, syarikat pengendali tapak berkenaan, sebelum ini telah menyatakan komitmen untuk menyelesaikan proses pemindahan sisa selewat-lewatnya hujung April ini.

Katanya, bagaimanapun perbincangan lanjut dengan pihak-pihak berkepentingan seperti Perbadanan Melaka (MCorp) selaku pemilik tapak telah meminta syarikat terlibat menyelesaikan semua proses, sebelum Syawal demi keselesaan penduduk.

“Punca bau ini kita sedia maklum bila hampas sawit ini dalam keadaan terdedah, bila hujan ia akan menimbulkan satu bau yang masam, jadi itu yang jadi tidak selesa kepada penduduk kariah di situ.

“Pihak syarikat telah menghantar surat pada minggu lepas, menghantar surat dan juga memberitahu kepada pengadu mewakili penduduk Tanjung Kling bahawa mereka minta masa sehingga akhir April untuk mengalihkan keseluruhan baki sabut kelapa itu tadi.

“Tetapi dua hari lepas, saya sudah berbincang bersama Timbalan Pengarah Mcorp dan saya minta jasa baik supaya dipercepatkan,” katanya ketika ditemui pemberita di Pentas Budaya Pantai Puteri di sini, hari ini.

Berdasarkan surat bertarikh 20 Mac 2024 dihantar syarikat berkenaan kepada MCorp, pengurus besarnya berkata, PKS adalah tidak berbahaya atau memudaratkan kesihatan sehingga membawa penyakit kronik kepada penduduk.

Jelasnya, ia terhasil melalui proses pengupasan sawit dan merupakan produk semula jadi yang mempunyai bau tersendiri dan tidak memudaratkan kesihatan.

“Tempat penyimpanan PKS ini adalah sementara sahaja. Tempat penyimpanan ini hanya digunakan sebagai pusat transit sementara menunggu penghantaran sisa kelapa sawit dieksport ke luar negara. Pihak syarikat mempunyai lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tujuan operasi dan simpanan kargo,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×