MAINS kaji naik had kifayah fakir, miskin - Utusan Malaysia

MAINS kaji naik had kifayah fakir, miskin

ABDUL Aziz Sheikh Ab. Kadir (kanan) beramah mesra bersama petugas media di Seremban, semalam.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sedang membuat kajian semula untuk menaikkan had kifayah bagi golongan fakir dan miskin di negeri ini.

Pengerusi MAINS, Datuk Seri Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab. Kadir berkata, pada masa ini had kifayah semasa yang digunakan di negeri ini berjumlah RM2,418 setiap keluarga.

Menurutnya, pendapatan di bawah kadar berkenaan akan dikira sebagai miskin selepas dibuat tapisan dalam sistem e-had kifayah MAINS.

“MAINS sedang melakasanakan kajian bersama dengan pakar-pakar dari universiti awam antaranya berkaitan kajian had kifayah. Selain itu, Kajian Tafsiran Asnaf Dan Skim Bantuan juga sedang dibuat untuk tentukan tafsiran asnaf baharu bagi mewujudkan skim agihan yang baru.

“Kalau skim bantuan dahulu tu, penerima dapat RM250 secara pro rata walaupun berbeza bilangan anak. Pada tahun 2022, hasil kajian kita ubah skim bantuan ikut bilangan anak sehingga mencecah RM800 bagi had kifayah fakir.

“Bagi kadar had kifayah miskin pula antara RM250 hingga RM550. Selain itu, kita ada 49 kedai panel bagi golongan asnaf yang mendapat bantuan bulanan makanan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Media di sini semalam.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, kajian berkenaan juga penting bagi menentukan fakir dan miskin di negeri ini dibantu selaras dengan kajian berkaitan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pusat di peringkat persekutuan. 

Sementara itu, beliau turut memaklumkan, MAINS telah menghulurkan bantuan berjumlah RM17,366,030 sempena Ramadan kali ini meliputi pelbagai skim bantuan yang disediakan melibatkan seramai 29,868 orang penerima.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×