Beri kerja pembekalan kepada syarikat anak, pembantu tadbir sekolah direman

Beri kerja pembekalan kepada syarikat anak, pembantu tadbir sekolah direman

SUSPEK yang merupakan pembantu tadbir kanan sekolah direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pembantu tadbir kanan sebuah sekolah di negeri ini direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas dipercayai menggunakan jawatan untuk memberikan kerja pembekalan dan perkhidmatan sekolah bernilai RM125,158.01 kepada syarikat milik anaknya pada 2020.

Perintah reman sehingga 25 Mac depan dikeluarkan Majistret Khairunnisak Hassni terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu.

Suspek tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 9.35 pagi tadi dengan diiringi anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Wanita itu ditahan kira-kira pukul 2.40 petang semalam selepas hadir ke Pejabat SPRM Melaka untuk memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek dipercayai menggunakan jawatannya untuk memberikan kerja pembekalan dan perkhidmatan sekolah sepanjang 2020 kepada syarikat milik anaknya yang mana dia mempunyai kepentingan.

Berdasarkan siasatan awal, nilai kerja-kerja pembekalan itu berjumlah RM125,158.01 dan dipercayai terdapat lagi kerja-kerja pembekalan pada 2019, 2021 dan 2022 dengan menggunakan modus operandi sama.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Sabit kesalahan suspek boleh didenda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×