KPU sahkan Prabowo-Gibran menang di Kuala Lumpur

KPU sahkan Prabowo-Gibran menang di Kuala Lumpur

PRABOWO Subianto bersama Gibran Rakabuming Raka. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) mengesahkan kemenangan pasangan calon presiden dan naib presiden Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dalam Pilihan Raya Presiden (Pilpres) yang diadakan di Kuala Lumpur.

Keputusan itu berdasarkan mesyuarat pleno untuk menjumlahkan keputusan kiraan undi nasional di pejabat KPU di Jakarta pada Isnin lalu.

Lapor Agensi Berita Antara, Pengerusi KPU, Hasyim Asy’ari menjelaskan jumlah kertas undi yang digunakan dalam pilihan raya presiden dan naib presiden sepadan dengan jumlah pengundi di pusat pengundian (TPS) serta jumlah keseluruhan undi sah dan tidak sah yang berjumlah 12,357 undi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anggota KPU, Idham Holik berkata, pasangan Prabowo-Gibran menerima 6,266 undi, diikuti Anies-Muhaimin yang memperoleh 4,674 undi sementara pasangan Ganjar-Mahfud mendapat 1,134 undi.

Beliau berkata, jumlah pengundi yang dicatatkan dalam daftar pemilih (DPT) bagi Pilihan Raya Umum (Pemilu 2024) di Kuala Lumpur adalah seramai 62,217 orang dan daripada jumlah itu, 3,605 orang menggunakan hak mengundi mereka.

Selain itu, terdapat 1,828 orang yang mengundi daripada Daftar Pemilih Tambahan (DPTb) dan 6,924 orang yang mengundi daripada Daftar Pemilih Khas (DPK).

“Jumlah pengundi terdiri daripada 7,298 lelaki, 5,059 perempuan dengan jumlah keseluruhan 12,357 orang,” katanya.

Berdasarkan Peraturan No. 3 tahun 2022 KPU, proses penjumlahan undi nasional bagi Pemilu 2024 dijadualkan berlangsung dari 15 Februari hingga 20 Mac 2024.

Proses pengundian semula Pemilu 2024 bagi seluruh kawasan Kuala Lumpur diadakan pada 10 Mac di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini