PETALING JAYA: Utiliti Bawah Tanah dan Pakar Kejuruteraan Pencawang MN Holdings Berhad ( MN Holdings) melantik Datuk Seri Baharin Din sebagai pengerusi bukan eksekutif bebas, berkuatkuasa pada hari ini
Pengarah Urusan MN Holdings, Datuk Clement Toh berkata, pelantikan itu Baharin di syarikat itu akan dapat menyumbang kepada kumpulan sama ada menyediakan panduan dan strategi untuk terus mengembangkan perniagaan dalam sektor kuasa dan utiliti.
“Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan beliau ke dalam kumpulan MN Holdings dengan rekod prestasi yang membuktikan Baharin merupakan seorang berkepimpinan strategik dan berpengalaman luas dalam sektor tenaga.
“Justeru itu, saya yakin bahawa dia akan membantu membimbing kumpulan MN Holdings dalam fasa pertumbuhan seterusnya ke arah tenaga peralihan, “katanya.
Baharin merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) dari Mac 2021 hingga Februari 2024.
Beliau berpengalaman luas dalam tenaga sektor yang merangkumi lebih dari 35 tahun dengan mengetuai TNB dengan perniagaan di seluruh rantaian, penghantaran, pengedaran, dan runcit.
Sepanjang tempoh beliau dalam dunia perniagaan beliau melayani lebih dari 10 juta pelanggan di Malaysia, United Kingdom, Kuwait, Turkiye, Arab Saudi dan
India.
Sebelum itu, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Rangkaian Pengedaran dari Ogos 2018 hingga Februari 2021.-UTUSAN










